Berlian Termahal Dan Tercantik Didunia

Berlian terkenal kerana kualiti fizikalnya yang hebat, terutamanya kekerasannya—perkataan (diamond) diambil daripada bahasa Greek adamas (αδάμας; "mustahil untuk dijinakkan")—dan keupayaan mereka menyelerakkan cahaya.
Galian berlian merupakan bentuk berkristal, atau karbon allotrop, (allotrop karbon termasuk grafit dan fullerena). Ia merupakan galian yang paling terkenal dan berguna di antara 3,000 galian yang diketahui. Berlian terkenal kerana kualiti fizikalnya yang hebat, terutamanya kekerasannya—perkataan (diamond) diambil daripada bahasa Greek adamas (αδάμας; “mustahil untuk dijinakkan”)—dan keupayaan mereka menyelerakkan cahaya.

Ciri-ciri ini dan yang lain menjadikan berlian digemari sebagai barangan perhiasan dan pelbagai kegunaan pengilangan. Kebanyakan berlian dilombong daripada paip gunung berapi, di mana mereka tertinggal oleh gunung berapi yang berasal dalam di perut bumi, yang berasal dari kedalaman sehingga 90 batu (150 km) ke Bumi, di mana tekanan dan suhu sesuai bagi pembentukan berlian. Kebanyakan berlian dilombong dari tengah dan selatan Afrika, walaupun sejumlah besar galian turut dijumpai di Kanada, Russia, Brazil, dan Australia. Sekitar 130 juta Karat (26,000 kg) berlian dilombong setiap tahun, dengan jumlah keseluruhan hampir $9 billion. Sebagai tambahan, hampir empat kali ganda daripada jisim itu dihasilkan oleh manusia sebagai berlian sintetik.

 Ketahanan: Berlian adalah bahan paling keras yang wujud secara semulajadi, dengan 10 pada perbandingan skala Moh kekerasan galian dan mempunyai nilai kekerasan mutlak (absolute hardness) antara 167 dan 231 gigapaskal dalam pelbagai ujian. Kekerasan berlan telah diketahui semenjak masa silam lagi, yang merupakan punca namanya.
Kekerasan, tidak sama seperti ketahanan yang hanya menunjukkan ketahanan kepada calar, kekerasan berlian hanyalah pada serdahana baik. Kekerasan berkait dengan keupayaan sesuatu bahan daripada pecah akibat hentaman. 
Sebagaimana bahan lain, geometri makroskopik berlian menyumbang kepada ketahanannya daripada pecah. Berlian yang dipotong dalam bentuk tertentu lebih mudah pecah berbanding potongan cara lain.
Warna: Berlian terbentuk secara semulajadi mempunyai pelbagai kilauan warna — jernih, puih, biru, kuning, merah, hijau, merah jambu, perang, — atau warna hitam. Berlian dengan warna kelihatan dikenali sebagai "berlian bewarna". Berlian bewarna mengandungi bendasing atau kecacatan struktur yang menyebabkan pewarnaan, sementara berlian tulen atau hampir tulen adalah jernih dan tanpa warna. Kebanyakan bendasing berlian menggantikan atom karbon dalam jaringan kristal. Bendasing paling biasa, nitrogen, menyebabkan sedikit warna kekuningan atau keperangan.
Harga: Sekarang tercatat Berlian Wittelsbach yang dibuat 1664 merupakan 'mas kawin' pertunangan Raja Leopold I dari Austria kepada seorang putri Spanyol, Infanta Magarita Teresa. Pada 1722 berlian itu masuk ke dalam trah keluarga Wittelsbach, sebuah keluarga bangsawan Eropa. Berlian yang dilelang Christie's di London itu dibeli Laurence Graff (69) dengan £16,4 juta, atau sekitar Rp244,7 M
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Leave a comment